Tuesday, May 27, 2014

sempit ~

sepanjang tempoh pengajian saya di IIUM, antara perkara yang memberi tekanan pada diri saya, bukanlah soal susahnya belajar.. tetapi banyak bersabit soal kewangan.. disebabkan saya pernah bekerja, hendak disesuaikan diri menjadi pelajar memang agak menekan jiwa.. lagi-lagi pada usia sebegini terpaksa tinggal di asrama.. eambah dengan etiadaan pendapaan bulanan.. hendak pulang duduk di kampung pun, hati terasa berat.. fobia dengan keadaan panas tahun sudah, sayamengambil keputusan untuk menetap saja di asrama.. walhal jika dihitung kira kos perbelanjaan. sama sahaja... masuk semesterbaru September 2014 nanti mungkin saya akan fikirkan cara lain untuk meneruskan hidup..

mungkin kisah saya tidaklah seperit orang yang memiliki anak, rumah, kereta yang hendak dilunaskan hutang.. tapi itulah saya.. perkara yang menyedihkan saya.. hanyalah wang ringgit..