Monday, August 21, 2017

Saat Hati Teruji

Beberapa hari lagi bakal menjengah 2 tahun perkhidmatan saya di UniMAP. Pun begitu, pengajian Ph.D saya masih lagi tertangguh dan tidak mampu disiapkan dengan sempurna. Saat ini juga hati benar-benar terasa berat..

Tanpa disangka, jarak perjalanan tempat kerja dengan rumah agak jauh dan kawasan agak terpencir di hujung sempadan negara yang memisahkan antara Malaysia-Thailand. Memang tidak dijangka dan disangka. Difikirkan kampus tetap menjadi lokasi penempatan kerja saya, yang cuma berjarak 20 - 30 minit perjalanan. Namun, sangkaan begitu meleset, 40 - 60 minit perjalanan.. kawasan yang agak suram bila malam menjelma..

Hati juga makin sarat, apabila rumah yang dibeli juga belum siap.. mengimpikan satu suasana yang tenang dan damai setelah penat bekerja.. yang mana jarak perjalanan lebih dekat dari rumah di kampung..

Sesungguhnya ini semua dugaan.. masa yang terhad, ruang yang terhad... hati semakin meruntun sepi...

Semoga masih ada kekuatan... untuk meneruskan baki sisa-sisa hidup..

Wednesday, August 19, 2015

Bismillahirrahmanirrahim...

Bahang panas menyengat sepanjang hari, dan menjelang senja, guruh bergema di dada langit.. mungkin tanda hujan bakal membasahi bumi pada malam ini..

Antara percaya atau tidak, waktu berlalu dengan pantas, Semakin menghampiri tempoh empat (4) tahun secara rasminya saya bergelar pelajar.. suka duka perjalanan Ph.D bukanlah mimpi indah seperti yang dibayangkan oleh kebanyakan orang.

Hari ini, hati saya berdetik semangat. Moga-moga apa yang diusahakan mampu disiapkan. Semoga Allah mempermudahkan perjalanan ini. Harap-harap, hujung bulan ni saya dapat menyiapkan "Cost Estimating Prediction Tool for Green Home". 

Sunday, May 17, 2015

I love my hometown


~ Sunset over the Horizon ~
West coast of Peninsula Malaysia.. Facing Langkawi Island 

carilah kekuatan di dalam dirimu!!

“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda Yang diingini nafsu, Iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia.”

“…dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali Yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)… bagi orang-orang Yang bertaqwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa syurga, Yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. disediakan juga pasangan-pasangan/ isteri-isteri Yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah”.

 Jika hari ini, kita berasa sedih dan berduka kerana ketiadaan apa yang kita inginkan, ingatlah bahawa ujian yang didatangkan itu adalah secebis rahmat dari Allah.

Jika kita berasa sukar untuk menghadapi cabaran hidup, ingatlah juga bahawa ujian yang didatangkan kepada para nabi dan para wali Allah itu jauh lebih hebat daripada apa yang kita hadapi. Jika kita berduka kerana tidak dikurniakan zuriat, renungkanlah kesabaran Nabi Zakaria. Pada doa yang tak pernah luput, pada pengharapan yang tak pernah padam. Sehingga lemah tulang-berulangnya, dan telah putih melepak uban di kepalanya. Biarpun saban hari ditekan kebimbangan akan kecuaian kaum kerabatnya untuk menyempurnakan tugas-tugas dakwah jika wafatnya dia. Sedang isterinya pula adalah seorang yang mandul.

Janganlah dihairankan, pada Tuhan yang menciptakan, pada doa yang dimakbulkan. Kerana sabarnya itu, dikurniakan zuriat penyambung warisan dakwah anbiya’. Dialah anak yang bernama Yahya, yang diberikan hikmat kebijaksanaan ketika masih kecil, yang dikurniakan rahmat dari sisi Tuhannya, serta kelebihan yang berkembang manfaatnya dan dia seorang yang bertaqwa. Seorang anak yang taat kepada kedua ibu bapanya, yang tidak pula sombong angkuh dan derhaka..

Jika kita berasa resah dan gelisah untuk menghadapi tohmah dan fitnah dari manusia, renungkanlah sabarnya seorang wanita bernama Maryam yang dititipkan ruh ke dalam rahimnya. Betapa teguh hatinya, betapa teguh suci dirinya, sendirian melahirkan zuriat. Biarpun pernah menghembur keluh kesah agar dirinya dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang. Sucinya diri dipertahankan, mengunci bicara, bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman. Sucinya maruah diri yang dipertahankan itu, lantas diangkat menjadi antara wanita terhebat dalam sejarah penciptaan manusia. Sebaris dengan kehebatan Khadijah Khuwailid, Fatimah az Zahra dan Asiah puteri Muzahim..

Dan pada Asiah, dialah wanita cantik, terhormat lagi bijaksana. Dialah permasuri kepada pemerintah yang termasyhur, isteri kepada si zalim Firaun. Pada kelembutan yang ada padanya, mampu menawan keangkuhan seorang pemimpin tirani. Maka, membesarlah Musa yang diburu di dalam istana Firaun. Mengangkat Musa yang terbuang menjadi seorang yang terbilang. Hebatnya Asiah apabila dia rela melepaskan segala kemewahan dunia dan tahta demi mempertahankan akidah mentauhidkan Allah tuhan yang satu.

Biarpun perit diseksa, iman tetap terpahat di jiwa sehingga ke hujung nyawa. Doanya saat dipangku malaikat, “Wahai Tuhanku! binalah untukku sebuah Rumah di sisiMu di dalam syurga, dan selamatkanlah daku dari Firaun dan perbuatannya (yang kufur dan buas), serta selamatkanlah daku dari kaum yang zalim” sebelum jasad rebah terkulai menyembah bumi. Dialah lambang seorang wanita yang utuh mempertahankan akidah saat berada dipuncak kemasyhuran dunia..


*ada banyak lagi kisah para nabi yang boleh menjadi kekuatan untuk kita

Thursday, April 16, 2015

Wishes

dalam hidup ini, adakala kita suka, gembira.. adakala kita sedih dan berduka.. tidak bermakna kehidupan jika kita tidak melalui semua rasa itu..

right now, the only firm wish that I want is to finish my study by this year, get a job in next coming months,  settle down at my home town, build a house, buy new car then, getting married.. I dunno how long the process may take.. hope fully next year or end of this year I can achieve all.

Friday, March 27, 2015



these pictures were taken during my first visit to Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu