Monday, April 29, 2013

Room Deco


Saya teringin nak menambah perabot di dalam bilik hostel supaya tersusun kemas seperti ini. Kebetulan pula orientasi tingkap di dalam gambar ni seperti bilik hostel yang saya inapi. Tunggu ada budget lebih boleh lah shopping di IKEA.

Saturday, April 20, 2013

Evening Drink




I think, it is about 4 days I haven't taken any caffeine drink. Yesterday I had a studio class until 6 pm. It was really tired. Today, I feel less energetic. Finally, I decided to have it as my evening drink. Usually, I will take it everyday early in the morning. Since I don't have any skimmed milk, fresh milk or creamer left in my room. So, I don't know what should I to do with the blended coffee beans. My tongue cannot go with kopi 'O'. So today, I'm trying to use a full cream milk powder pour with the plain water. Then, add some hazelnut syrup flavour together with brown sugar.. I think it worked even the taste is not so great!









photo: credit to natureinsider.com

Friday, April 12, 2013

Sejarah untuk Dikenang


Bermula dengan kisah Segenting Kra (Kra Isthmus) yang mengikut geografinya terletak di Semenanjung Tanah Melayu. Semenanjung Tanah Melayu merupakan semenanjung yang terbentang dari utara bermula di Segenting Kra, Thailand mengunjur ke selatan di Tanjung Piai, Johor (hujung terselatan daratan utama benua Asia). Titik tersempitnya ialah tanah Segenting Kra. Muara Sungai Kra menjadi daratan paling sempit dengan lebar 44 km. Tingginya 75 meter dari aras laut. Bandar utama ialah Kra Buri dalam wilayah Ranong, Thailand. 


Daripada pembacaan saya, cadangan untuk membina terusan yang membelah Segenting Kra, bagi memendekkan laluan perkapalan di Asia telah diutarakan semenjak tahun 1677, bila Raja Ayuthia, Narai meminta seorang jurutera Perancis bernama De Lamar untuk membuat kajian bagi pembinaan satu terusan yang menghubungkan Songkhla dan Marid (Myanmar sekarang). Mungkin atas sebab ini juga Kerajaan Siam enggan menyerahkan negeri-negeri Melayu untuk ditadbirselia oleh British? 

Semenanjung Tanah Melayu ada sejarahnya yang tersendiri. Pada saya, bumi ini bumi bertuah, penuh dengan kekayaan. Digelar Chersonesus Aurea ("Semenanjung Emas") oleh Claudius Ptolemy dan orang India pula merujuknya sebagai "Tanah Emas". 

Biarpun telah habis diratah emas dan timah oleh British, kekayaan bumi ini tidak habis di situ. Emas hitam (petroleum dan gas asli) pula muncul dari dasar perut bumi. Maha Suci Allah yang menciptakan dan mengurniakan. 

Bumi ini, bumi bertuah,
Bumi subur, penuh barakah;
Campaklah apa biji benih,
Pasti tumbuh mengeluarkan buah.

Saya tidak pasti di mana titik mulanya sebahagian dariapada Semenanjung Tanah Melayu di bahagian utara jatuh kepada Kerajaan Siam. Mungkin ketika itu Kerajaan Melayu Kedah Tua dan Kesultanan Melayu Melaka mulai lemah? Maka Kerajaan Pattani yang merangkumi wilayah Pattani, Yala, Narathiwat dan sebahagian Songkhla kini berada di bawah jajahan Thailand. Apa yang saya lihat, penaklukan Siam dan pendudukan British di Tanah Melayu sehingga termatrainya Perjanjian Bangkok 1909 memberi kesan yang berpanjangan kepada dunia Melayu sehingga hari ini. Lebih kasihannya adalah orang Melayu Islam yang tinggal di selatan Thai berikutan pemberontakan yang tidak berkesudahan.

Apabila satu persatu sejarah dikupas, saya lihat; asal Melayu itu satu. Apabila dipecah dan berpecah, Melayu itu menjadi lemah. Motif? Apakah disebabkan Melayu itu Islam? Saya kasihan dengan nasib Melayu-Islam di selatan Thai yang asalnya adalah di bawah Kerajaan Pattani. Sehingga hari ini mereka masih berusaha dan berjuang untuk menuntut pembebasan daripada Kerajaan Thai.

Saya berasa satu rahmat kerana saya seorang Islam yang lahir di bumi merdeka. Malaysia yang masih lagi mempertahankan Islam sebagai agama rasminya. Kasihan orang Islam di selatan Thai. Mereka tidak diberi kebebasan sepenuhnya untuk mengamalkan agama Islam. Begitu juga nasib orang Islam di Myanmar, tertindas dan ditindas. Apabila mengecapi keharmonian yang ada pada hari ini, saya membayangkan bagaimana penghijrahan arwah datuk sebelah ibu saya pada awal kurun ke 20 dari Ligor untuk sampai ke Perlis dan bagaimana arwah moyang di sebelah ibu saya mengharung hutan belantara untuk kembali ke Kedah setelah melarikan diri ke utara Semenanjung Tanah Melayu akibat sengketa perebutan tahta kesultanan Kedah ketika itu.

Saya bersyukur kerana itu saya menjadi anak Melayu yang lahir di bumi Malaysia. Biar pun ada kisah yang panjang untuk dikenang oleh generasi hari ini dan generasi yang akan datang, saya sedar perjuangan itu tidak berakhir di situ. Keluarga datuk di sebelah arwah abah saya juga ada sejarah mereka. Saya tidak banyak tahu disebabkan mak dan abah berpisah secara rasminya ketika saya berusia 3 tahun. Mungkin arwah abah ada jawapan?


Walau sehebat mana badai yang yang melanda. Akidah perlu dipertahankan. 







What I want? I just wanna leave my life in peace.

Monday, April 1, 2013

Apabila istilah Ulama' disempitkan

ULAMA (Arab : ’ulamaa’), adalah orang yang tahu atau memiliki pengetahuan ilmu agama dan ilmu pengetahuan kealaman yang dengan pengetahuannya tersebut memiliki rasa takut dan tunduk kepada Allah SWT. Kata ulama merupakan bentuk jamak (plural) dari ‘alim yang membawa maksud “yang tahu” atau “yang memiliki pengetahuan”. 

Pada zaman pemerintahan Bani Umayyah dan sesudahnya, istilah ulama lebih ditekankan kepada orang yang memiliki pengetahuan keagamaan saja. Ada pula pembahagian ilmu agama, istilah ulama lebih dipersempit lagi. Misalnya, ahli fiqih disebut fuqaha, ahli hadist disebut Muhaddisin, ahli kalam disebut Mutakalim, ahli tasawuf disebut Mutasawuf, dan ahli tafsir disebut Mufassirin. Sementara itu orang yang memiliki pengetahuan tentang ilmu sains tidak lagi disebut sebagai ulama tetapi disebut ahli dalam bidangnya masing-masing. Tokoh-tokoh seperti Al-Khawarizmi, Al-Biruni, dan Ibnu Hayyan tidak disebut sebagai ulama, tetapi disebut sebagai ahli kauniyah. Istilah pakar dlm bidang juga makin disempitkan, sehinggakan saintis lebih diperincikan kepada Geologist (ahli geografi), Biologist (ahli biologi) dan sebagainya... 

Hakikatnya, segala ilmu yang membawa kepada maghrifatullah. baik ilmu agama (fiqh, tasawuf dsb) atau ilmu sains.. segalanya adalah ilmu Allah. Ilmu yang membawa manusia makin mengenal dirinya, lantas dia akan mengenal tuhannya.. Inilah yang dikatakan, sebenar-benar ilmu..