Saturday, April 14, 2012

Lawatan Tapak

Sebelum cuti semester, 1st year degree QS-KAED organised satu lawatan tapak. Disebabkan ketiadaan wakil dari lecturer perempuan, maka saya pun join lah adik-adik ni.. memang excitedsangat tengok rumah banglo yang besar-besar kat Subang Bestari tu.. sebesar rumahnya, sebesar itu jugalah nilai harganya. memang tak ada daya orang macam saya nak beli rumah dengan harga jutaan ringgit Malaysia.. maklumlah, student.. hehe

tapi, lepas tu mulalah berangan nak ada rumah yg sedemikian rupa.. disebabkan saya pernah berada dalam industri pembinaan, dan sedang membuat kajian tentang kemampuan pemilikan rumah bagi golongan yang berpendapatan sederhana di Kuala Lumpur dan sekitarnya, maka nilaian saya berbeza.. mahalnya rumah bukanlah pada kos pembinaannya, tetapi nilai hartanah..banglo unit yang sama, jika didirikan di atas tanah lot kampung.. nilai RM2.5 million di Subang Bestari tu, boleh jadi RM250,000 di kampung. maknanya, kita hanya perlu menggunakan 1/5 daripada harga di bandar..





Disebabkan itulah kehidupan di Kuala Lumpur sangat menekan. Jika berkehendakan rumah yang selesa, maka kenalah bergaji besar. Rutin hidup juga terkejar-kejar. Jika tak kejar klien, tak dapat bisnes, tak ada bisnes, tak boleh nak hidup.. 7 tahun berkelana di KL, membuatkan saya lebih menghargai kehidupan di kampung.. 5 tahun bekerja dalam industri pembinaan, pelbagai tekanan saya hadapi, hendak dikatakan bergaji besar.. tidaklah juga..sekadar bertahan untuk mengumpul pengalaman hidup, agar suatu hari nanti saya akan kembali menjadi seorang pensyarah yang ada pengalaman yang bukan mengajar berdasarkan teori semata-mata.. itu saja niat di hati saya. Alhamdulillah, terkumpul juga serba sedikit pengalaman nak buat binaan bangunan.. daripada site clearance, sampailah nak pasang floor tiles/wall tiles.

Bertambah-tambah gelodak jiwa dan perasaan untuk balik bekerja di kampung bukan sekadar nilai hartanah yang tinggi. Tanah yang luas di kampung, memungkinkan untuk bercucuk tanam pelbagai jenis pokok buah dan sayuran, di bandar seperti KL, bukannya tak boleh.. hendakkan tanah yg luas dan rumah yang besar.. hendaklah terlebih dahulu menjadi millionaire atau billionaire..

Apabila saya mula membaca tentang HIJAU (green), kemajuan mapan (sustainable development), saya mula menyukai kehidupan di kampung, which meant pada saya, it is more GREEN. dan saya mula menghargai nilai alam semula jadi.

No comments:

Post a Comment