Sunday, March 17, 2013

Doa


Semenjak di bangku sekolah rendah lagi, selalu mak bacakan doa ini untuk saya selepas solat.. Apabila saya meningkat ke alam remaja, mak suruh saya amalkan sendiri. Pun begitu, mak tetap doakan saya.. Ya, sebaik-baik doa, adalah doa dari ibu dan kita sendiri juga perlu berdoa untuk diri kita..

Saya masih ingat lagi, ketika itu Pak Leh @ Haji Salleh (arwah), bapa mertua kepada Dato' Haron Din, juga bapa mertua kepada bapa saudara saya (arwah). Beliaulah yang menulis doa ini untuk dijadikan amalan ketika berkunjung ke rumahnya lebih 20 tahun lalu.. Semoga Allah merahmati roh beliau. Banyak doa-doa amalan harian yang diperturunkan.. Kalau nak ditanya, mungkin anak-anak cucunya lebih banyak tahu..
Sekarang ini, doa-doa sebegini banyak dicetak dibuat kompilasi dalam bentuk buku. Senang untuk diamalkan..

Ketika saya kecil, tidak ada teknologi untuk mencari ayat-ayat Quran seperti sekarang. Masa tu, Quran digital memang tak ada rasanya. Sampailah masanya saya mengaji, masuk ke surah al-Anbiya'. Mula-mula bertemu ayat ini, hati saya girang, "Inilah ayat yang dicari-cari"..

Sekarang, saya tidak lagi menulis menggunakan tulisan tangan. Hanya menaip dan menekan punat pada papan kekunci komputer.. Semuanya keluar dengan mudah..

No comments:

Post a Comment