Sunday, June 30, 2013

setahun sembilan bulan

sedar tak sedar, sudah setahun sembilan bulan saya bergelar pelajar di IIUM.. sepanjang tempoh ini, minggu inilah saya rasa detik paling sukar yang saya alami. sehinggakan bilik di asrama tidak terurus, habuk juga tidak terlap. buku perpustakaan tidak dipulangkan sehinggakan denda mencecah RM100.. asyik tidur kerana mahu melupakan rasa kecewa yang melanda hati.. mungkin kerana tekanan emosi bercampur dengan progress study yang kurang laju. segalanya bercampur baur sehinggakan saya berasa begitu kecewa mengenangkan nasib diri yang masih berstatus single sementelah usia mengenjak 30 tahun.. Ya Rabbi, bukan ini yang saya impikan untuk berlaku dalam hidup saya.. 30 tahun usia masih belum berstatus isteri orang..


bila dilanda perasaan sebegini, memang membuatkan saya depressed.. sehingga berasa terlalu rendah diri, terasa diri banyak kekurangan, terasa diri tidak menarik kerana tidak mampu membuat lelaki jatuh hati dan berhajat untuk menjadikan saya sebagai isteri.. kadang-kadang saya terasa saya bukanlah seorang yang bijak atau pandai untuk menyelesaikan segala permasalahan yang melanda diri..

soal jodoh, rahsia Allah.. walau detik hati itu hadir bersama lahirnya jiwa manusia.

No comments:

Post a Comment