Monday, July 29, 2013

3 Perkara

tiga perkara yang tidak boleh dilengah-lengahkan

i- solat ketika diawal waktu jika ada kemudahan
ii- mengebumikan jenazah
iii- mengahwinkan anak gadis jika dilamar oleh lelaki yang diredhoi agamanya

Saya selalu ingat pesan mak untuk bersolat pada awal waktu ketika berada di rumah. Walaupun adakalanya saya rasa 'annoying'.. sebab pada saya, solat tak perlu disuruh-suruh.. kerana itu tanggungjawap saya kepada Allah sebagai tanda ketaatan.. dan tidak dinafikan juga, mendidik anak, menyuruh dan mengingatkan anak untuk bersolat itu juga salah satu tanggungjawab seorang ibu.

saya tak menafikan, memang ada satu perasaan yang indah jika sepanjang hari dapat bersolat di awal waktu yakni solat sebaik sahaja selepas azan berkumandang.. bila bersolat pada awal waktu, it will makes my day becoming so productive. sungguh!

tentang hal yang ketiga tu, saya memang sangat menantikan agar diri saya dilamar oleh seorang lelaki yang saya redhoi agamanya.. is it I'm too demanding?, I believe, I have too.. biarpun dah lanjut usia.. but, I'm okay with it, hanya Allah yang tahu. kerana saya seorang wanita yang gagah!

Friday, July 26, 2013

kurniaan

Di antara langit dan bumi itu,
terlalu banyak bukti kekuasaan Allah,
menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang Yang beriman. 

dari air hujan yang turun mencurah ke bumi,
menghidupkan tanah tandus yang gersang.

di antara hampas makanan dengan darah,
dari situlah terbitnya susu yang mengenakkan.

dari buah tamar dan anggur,
jadikan daripadanya minuman haram dan makanan yang halal.

diilham kepada lebah bersarang tinggi,
yang memakan dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan,
yang terbit dari dalam badannya madu,
mengandungi penawar bagi manusia.

Sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah.

Diciptakan manusia itu daripada tiada kepada ada,
yang telah ditetapkan panjang dan pendek umurnya,
banyak dan sedikit hartanya.

dijadikan bagi diri lelaki itu pasangannya,
dan dari keduanya lahir zuriat keturunan,
serta kurniaan dari benda yang baik lagi halal.

Maka, apa lagi yang hendak engkau dustakan?

Wednesday, July 24, 2013

Doa Anak

Saya percaya semua orang ada impian masa depan untuk zuriat keturunan masing-masing.. biarpun usia saya sudah mencecah 30 tahun dan masih belum berkahwin, saya kira komitmen belajar itu lebih menjadi keutamaan saya pada waktu ini.. pun begitu saya tetap ada impian.. jika diizinkan Allah, saya teringin dikurniakan seorang anak lelaki.. suatu masa dahulu, ketika masih muda, sememangnya saya impikan untuk ada ramai anak.. memandangkan usia semakin meningkat, jodoh pun belum tiba.. impian untuk melahirkan ramai anak itu mungkin boleh dilupakan..

Masa yang berlalu, tahun demi tahun menambahkan pengetahuan saya.. mungkin impian hati ketika masih di bangku sekolah tidak sama seperti sekarang, malah makin bertambah dan bertambah. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan waktu dan usia untuk menerima ilmu dari Allah..

Beberapa tahun dulu, dalam hidup saya pernah dihadirkan seorang hamba Allah yang menceritakan dia mempunyai kakak yang akan khatam membaca al-Quran sebanyak 7 kali setiap kali mengandung.. ye, ketika itu saya sangat teruja bagaimana kakaknya bijak membahagikan masa bekerja, mengurus rumahtangga, anak-anak dan suami dan dalam masa yang sama masih berkesempatan untuk khatam Quran sebanyak 7 kali sepanjang tempoh mengandung.. mungkin ini salah satu cara bagaimana mahu melahirkan anak-anak yang dekat hatinya dengan al-Quran. yang mana mampu membaca dan menghafaz seluruh isinya..

ye, jika saya dizinkan Allah, saya mahu mengajarkan sendiri anak-anak saya mengenal al-Quran bukan sekadar pada bacaan, malah seluruh isinya.. mungkin ilmu saya tidak banyak, saya kira cukup untuk memberi pengetahuan asas kepada kanak-kanak.. kerana sebaik remaja boleh dihantar ke sekolah atau institusi pengajian tinggi dan berguru dengan mereka yang arif..

dan alangkah beruntungnya jika dikurniakan cahayamata yang menjadi penyejuk hati, yang cerdik dan baik budi serta memiliki rupa paras yang indah dilihat.. di sebalik tabir anak soleh.. semoga Allah merestui.

Saturday, July 20, 2013

Kulihat Hijau..


Musim bunga yang melanda kotaraya England sememangnya menggamit rasa yang indah sebab adanya bunga. Hatta di atas padang rumput. dan saya sangat suka dengan gambar ni.


asyik menulis tesis pasal kediaman hijau.. tiba-tiba saya terserempak dengan kereta hijau penuh rumput.

Crumble Beads


Saya tidaklah terlalu rajin. Cuma ini baju raya tahun lepas yang baru 2-3 kali saya pakai. Alasannya sebab saya leraikan jahitan manik sebelumnya. Diganti dengan jahitan yang baru, hari ini baru saya berjaya siapkan. Bukan merumitkan, tetapi tidak ada kerajinan.

Rajin, kadang-kadang perlu dipaksa. 

Tuesday, July 16, 2013

kepentingan solat

tidaklah akan kita temui ketenangan dan kegembiraan yang hakiki apabila bergaul dengan kelompok manusia yang meringankan solat dalam kehidupan sehariannya.. jika seseorang itu kurang bijak menjaga hubungan baiknya dengan Allah, maka tidak mustahil juga dia akan kurang bijak menjaga hubungan baiknya sesama manusia yang lain.. mereka inilah yang akan suka membuat purak-puranda di atas muka bumi kerana rendah perhitungan akalnya..


mohonlah petunjuk dan keampunan dari Allah,
sesungguh kita manusia,
tiadalah yang sempurna.
dan bersujudlah sebagai tanda syukur..


dari Allah yang mengurniakan,
dari Allah jua akan kembalinya.

Hikmah

Apakah hikmahnya sesuatu perkahwinan itu jika hadirnya boleh memecah-belahkan hubungan darah yang sedia ada.. sehingga terputusnya hubungan antara ibupada dan anak, abang dan adik, kakak dan adik atau kakak dan abang, sepupu sepapat?

Statistik yang pernah dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam ada menyatakan bahawa, rata-rata daripada keluarga yang berantakan adalah dari kalangan mereka yang meringankan solat dalam kehidupan seharian. Maka, tidak hairanlah mengapa Rasulullah saw bersabda, dan hadis itu berbunyi: “Wanita itu dinikahi kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka pilihlah olehmu wanita yang punya agama, engkau akan beruntung.” (Riwayat Bukhari, no. 5090, dan Muslim, no. 1466). Bahagia yang hakiki bukanlah atas nilaian harta, keturunan atau rupa. Sebaliknya, agamalah yang menjadi tunjang segalanya.

Biarpun fitrahnya, seperti mana yang Allah firmankan, mafhumnya; "Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)" (3:14). Al-Hafiz Ibnu Hajar ada berkata: “Yang sepatutnya bagi seorang yang beragama dan memiliki maruah (adab) untuk menjadikan agama sebagai petunjuk pandangannya dalam segala sesuatu. Lebih-lebih lagi dalam suatu perkara yang akan tinggal lama bersamanya (isteri). Maka Rasulullah memerintahkan untuk mendapatkan seorang wanita yang memiliki agama di mana hal ini merupakan puncak keinginannya.” (Fathul Bari, 9/164). 

Namun, ketentuan jodoh itu segalanya adalah berdasarkan siapa diri kita.. kerana, "(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia' (an-Nur:26).

wallahu'alam.

nota:
acapkali orang mengatakan perkahwinan itu mendirikan rumahtangga, mendirikan masjid. Namun, berapa banyak daripada perkahwinan yang berlangsung itu membawa kepada pepecahan dalam keluarga, putusnya silaturrahim antara adik-beradik, ibu/ayah-anak? apakah ini yang dikatakan rumahtangga atau masjid? ataupun itu adalah neraka duniawi?

renungkanlah.. apa hikmahnya perkahwinan itu? apa yang ada di atas dunia ini hanyalah pinjaman semata, sampai masa kembali jua kepada penciptanya.

Friday, July 12, 2013

Kekuatan

Satu ketika dulu, seorang hamba Allah pernah menceritakan pada saya bahawa kakaknya akan khatam bacaan Quran sebanyak 7 kali setiap kali mengandung.. Ketika itu saya fikir, hal ini adalah mustahil untuk dilakukan oleh seseorang seperti saya.. Sehinggakan saya merasakan 'parenting' dan perkahwinan itu bukanlah suatu perkara yang mudah.. Terutamanya bagi ibu bapa yang mengimpikan untuk melahirkan anak-anak yang dekat jiwanya dengan al-Quran, yakni sedari usia 2-3 tahun sudah pandai membaca ayat Quran dan pada usia 10-12 tahun sudah mampu menghafal 30 juzuk al-Quran.

Alhamdulillah, Ramadhan tahun ini, Allah ilhamkan sesuatu untuk saya. Asasnya ialah COURAGE.. dan istiqomah dalam melakukan hal kebaikan. Satu hari selepas solat, biasakan diri untuk membaca 2 helai dari naskah al-Quran. Sehari boleh habiskan satu juzuk. 30 hari boleh habis 30 juzuk. Jika diamalkan secara berterusan, insyaAllah dalam tempoh 7-9 bulan boleh khatam 7 kali.

Jika perkara seumpama ini kita merasakan sukar untuk direalisasikan dalam kehidupan kita, kekuatan apakah yang ada pada seorang ibu yang mampu melahirkan manusia seperti al-imam as-Shafiee? dan kekuatan apakah yang ada pada seorang bapa yang mampu melahirkan seorang manusia seperti imam al-Ghazali?

Sunday, July 7, 2013

magic!!

I wanna make a magic!
I wanna make a magic!!
dan dengan tiba-tiba, tesis Ph.D mampu disiapkan dalam masa 2 tahun..
oh, super dupper miracle kan?



Monday, July 1, 2013

ketakutan

kegembiraan tidak akan selalu berkekalan, begitu juga dengan kesedihan.. jika dibiar kesedihan berlarutan, lama-lama akan memakan diri.. selagi mana nafas belum terhenti, selama itu jugalah manusia akan diuji. susah atau senang, suka atau duka, itu semua lumpah kehidupan.. Last two week, when I was ON vacation, in different countries and different climates, I brought myself away from thinking to much about 'unhappiness' matters. Suddenly, when the emptiness took a large room in my heart I lost motivation to do anything, just sadness, sleeping and Candy Crush Saga games on FB, unable to study or do anything meaningful.. I'm scared, if I can't finish my study on time and I am even scared of myself for being single forever till death..

Ya Rabbi, please give me strength to overcome all these!!

 "Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimin."