Friday, July 12, 2013

Kekuatan

Satu ketika dulu, seorang hamba Allah pernah menceritakan pada saya bahawa kakaknya akan khatam bacaan Quran sebanyak 7 kali setiap kali mengandung.. Ketika itu saya fikir, hal ini adalah mustahil untuk dilakukan oleh seseorang seperti saya.. Sehinggakan saya merasakan 'parenting' dan perkahwinan itu bukanlah suatu perkara yang mudah.. Terutamanya bagi ibu bapa yang mengimpikan untuk melahirkan anak-anak yang dekat jiwanya dengan al-Quran, yakni sedari usia 2-3 tahun sudah pandai membaca ayat Quran dan pada usia 10-12 tahun sudah mampu menghafal 30 juzuk al-Quran.

Alhamdulillah, Ramadhan tahun ini, Allah ilhamkan sesuatu untuk saya. Asasnya ialah COURAGE.. dan istiqomah dalam melakukan hal kebaikan. Satu hari selepas solat, biasakan diri untuk membaca 2 helai dari naskah al-Quran. Sehari boleh habiskan satu juzuk. 30 hari boleh habis 30 juzuk. Jika diamalkan secara berterusan, insyaAllah dalam tempoh 7-9 bulan boleh khatam 7 kali.

Jika perkara seumpama ini kita merasakan sukar untuk direalisasikan dalam kehidupan kita, kekuatan apakah yang ada pada seorang ibu yang mampu melahirkan manusia seperti al-imam as-Shafiee? dan kekuatan apakah yang ada pada seorang bapa yang mampu melahirkan seorang manusia seperti imam al-Ghazali?

No comments:

Post a Comment