Wednesday, July 24, 2013

Doa Anak

Saya percaya semua orang ada impian masa depan untuk zuriat keturunan masing-masing.. biarpun usia saya sudah mencecah 30 tahun dan masih belum berkahwin, saya kira komitmen belajar itu lebih menjadi keutamaan saya pada waktu ini.. pun begitu saya tetap ada impian.. jika diizinkan Allah, saya teringin dikurniakan seorang anak lelaki.. suatu masa dahulu, ketika masih muda, sememangnya saya impikan untuk ada ramai anak.. memandangkan usia semakin meningkat, jodoh pun belum tiba.. impian untuk melahirkan ramai anak itu mungkin boleh dilupakan..

Masa yang berlalu, tahun demi tahun menambahkan pengetahuan saya.. mungkin impian hati ketika masih di bangku sekolah tidak sama seperti sekarang, malah makin bertambah dan bertambah. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan waktu dan usia untuk menerima ilmu dari Allah..

Beberapa tahun dulu, dalam hidup saya pernah dihadirkan seorang hamba Allah yang menceritakan dia mempunyai kakak yang akan khatam membaca al-Quran sebanyak 7 kali setiap kali mengandung.. ye, ketika itu saya sangat teruja bagaimana kakaknya bijak membahagikan masa bekerja, mengurus rumahtangga, anak-anak dan suami dan dalam masa yang sama masih berkesempatan untuk khatam Quran sebanyak 7 kali sepanjang tempoh mengandung.. mungkin ini salah satu cara bagaimana mahu melahirkan anak-anak yang dekat hatinya dengan al-Quran. yang mana mampu membaca dan menghafaz seluruh isinya..

ye, jika saya dizinkan Allah, saya mahu mengajarkan sendiri anak-anak saya mengenal al-Quran bukan sekadar pada bacaan, malah seluruh isinya.. mungkin ilmu saya tidak banyak, saya kira cukup untuk memberi pengetahuan asas kepada kanak-kanak.. kerana sebaik remaja boleh dihantar ke sekolah atau institusi pengajian tinggi dan berguru dengan mereka yang arif..

dan alangkah beruntungnya jika dikurniakan cahayamata yang menjadi penyejuk hati, yang cerdik dan baik budi serta memiliki rupa paras yang indah dilihat.. di sebalik tabir anak soleh.. semoga Allah merestui.

No comments:

Post a Comment