Wednesday, December 11, 2013

nikmat dan rahmat

Saya terlupa bahawa rahmat Allah itu cukup luas bagi diri saya.. baru saya sedar sebenarnya Allah telah permudahkan jalan ilmu untuk saya semenjak saya kecil lagi.. bermula saya masuk ke sekolah rendah, sekolah menangah, matrikulasi, universiti di peringkat ijazah, sarjana dan doktor falsafah.. semua Dia permudahkan kemasukan saya.. tidak ada satu pun di antaranya, setiap apa yang saya pilih tidak dapat.. tanpa perlu bersusah payah.. saya minta aliran sains teknikal semasa kemasukan tingkatan 4, saya dapat. Dah masuk sekolah sains SMSTSP saya tukar dari aliran teknikal kepada aliran sains tulen setelah lebih setengah tahun mengikuti pengajian tingkatan 4, saya dapat tanpa perlu bersoal panjang dengan cikgu sekolah (PK HEM). Masuk matrikulasi minta sains hayat, pun dapat. Masuk universiti utk program ijazah, minta HBP pun dapat.. minta major QS pun dapat.. dah habis degree, minta sambung master dlm Sc. ARCHITECTURE pun dapat. Walhal alirannya cukup berbeza antara Quantity Surveying dgn Architecture. . . Dah habis master minta sambung Ph.D di UIA.. dipermudahkan juga penerimaan saya di sini.. Alhamdulillah. . Segalanya di permudahkan.  Cumanya, jalan ilmu ini tidaklah semudah nak masuk...

Thursday, December 5, 2013


Rome adalah satu kota yang saya berhajat untuk ke sana.. saya teringin melihat sebuah kota yang tertulis satu surah di dalam al-Quran.

Benua Eropah memang menggamit keinginan saya untuk ke sana..
Itali, Greece, Perancis, Turkey dan Sepanyol adalah negara yang ingin saya lawati.. nampaknya sebelum saya memulakan kerjaya. Saya ingin sekali lagi bercuti panjang untuk melakukan penjelajahan..

Pada saya, negara-negara ini adalah nama-nama yang pernah membina empayar yang hebat.. 



aku ingin menjadi yang terbaik; yang pernah ada di dalam hatinya...

Tuesday, October 1, 2013

I have one wish that is not gonna be happened.. become a married student. It's my 3rd year I'm here as a Ph.D student.. but I'm not really happy when I can't focus and cannot make any move for my writing.. I'm not happy when thinking of I'm all alone here.. I just hope that, in one fine day, I'll meet someone who will make my day.. but, I'm afraid.. if I meet my man, Allah will take mom, away from me.. for mom, I'm her everything..

Sunday, September 22, 2013

Monday, September 16, 2013

jika sejauh mana pun kita berlari dan mengejar... jika tidak dengan seizin tuhan, tak akan mampu juga kita menggapainya..

I don't even know why, I didn't met my soul-mate.. when a beauty fade out, when a strength become weaker.. and I just waiting here.. waiting for a miracle

I wish, someone will see me.. as who I am

Monday, September 9, 2013


aku rindu pada takdir cinta yang pernah datang menyapa..
pada dia yang kuat pada tahajjutnya..
pada dia yang menjadikan aku dekat pada Pencipta..

moga dari dia,
akan lahir anak-anak ummah..
yang menjadi penyejuk mata..
penenang jiwa..
bertaut dalam rahmah, sakinah dan mawaddah..
menjadi penyeri taman-taman syurga..

pada dia, kuingin menjadi pendamping setia..
moga bertaut kasih hingga ke syurga..

ya Allah, aku ini seorang wanita..
yang mengharap cinta bersemi dalam redho-Mu..
ya Allah, kupohon kekuatan,
untuk terus kuat dalam mujahadah cinta..
sepanjang perjalanan dalam pencarian dan penantian
ya Allah, jadikanlah hati aku,
hidup dengan Kalimah-Mu.

Saturday, September 7, 2013

Jika difikirkan, tugas seorang itu sangat besar sebenarnya.. sewaktu mengandung, seorang ibu sepatutnya memperbanyakan bacaan Quran dan utamakan beberapa surah pilihan dalam setiap harinya.. saya pernah mendengar dari mulut seorang ibu yang melahirkan seorang anak kecil yang cukup bijak.. katanya, "semasa mengandungkan anak itu, diperbanyakkan bacaan surah pilihan, berbanding dengan kakak dan abangnya, si ibu membaca seluruh isi al-Quran."..

kata orang, jika ibu yang mengandung itu memperbanyakan bacaan surah Luqman, insyaAllah anak itu akan berperangai baik, hormat pada ibu bapa.. jika banyak membaca surah Muhammad, anak itu akan berakhlak mulia seperti nabi Muhammad.. Jika banyak dibacakan surah Yusuf, anak itu akan dianugerahkan kecantikan rupa paras.. jika banyak membaca surah Maryam, akan dipermudahkan proses kelahiran.. begitu juga berusaha untuk menguatkan emosi, tabah dan cekal melawan emosi negatif ketika mengandung, tak boleh berperangai mengikut nafsu saja..

sebaik-baiknya, susu ibu itulah yang sepatutnya diberi kepada si anak yang berusia 2 tahun secara sepenuhnya.. untuk ibu yang bekerja, mungkin kedengaran agak sukar.. entahlah, harap-harap Allah akan kurniakan apa yang baik saja..

Thursday, September 5, 2013

kenangan yang mencipta kerinduan..


kenangan yang mencipta kerinduan..

pada dia yang kuimpikan bahagia
bersama dia kudambakan indahnya syurga
moga bertaut kasih dengan restu Ilahi..

biar lelah kunanti dia..
asal kuyakin dengan ketentuan Tuhan..
bahawa aku tercipta untuknya

Sunday, August 25, 2013

Citarasa

tak semua manusia mempunyai perasaan yang sama..
dan tidak semua manusia juga mudah untuk jatuh cinta dan ada pengalaman bercinta..
biarpun fitrahnya, semua manusia ingin bercinta.. menyintai dan dicintai...

jika kita tidak merasai itu jodoh, atau bertujuan untuk berkahwin,
untuk apa menjalin hubungan cinta?

cinta itu anugerah dari Allah


biarpun firasat di balik tabir istikharah..
penantian itu cukup lama..

seolah-olah orang gila,
yang sakit dalam pencariannya.

Saturday, August 24, 2013

Fairy Tales

my dreams are just like a fairy tales story book...
hari ni nampaknya progress kerja agak baik.. berjaya juga saya paksa diri untuk susun atur data untuk dianalisa. sambil-sambil tu sempat baca buku cerita kanak-kanak. dan dengar lagu All-4-One.. nostalgia sungguh..

alhamdulillah. thanks to Allah for everything.. semoga Allah mempermudahkan jalan ini. semoga saya bersemangat untuk habiskan pengajian ini tepat pada masanya..

Thursday, August 22, 2013

mencari ilham..



penulisan berfakta bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakarkan... lantaran itu, mata hanya tertumpu pada helaian kertas.. gerak tari rentak iramanya sudah lemah.. seakan mahu hilang.. entah bila kesudahannya.. saya pun tidak tahu..
saat ini, saya masih mengharap agar diberi kekuatan.. dan ketajaman akal fikiran..

tatkala ini, mungkin eloknya saya kena manfaatkan ruang waktu yang ada.. kerana saya tidak disibukkan dengan anak-anak atau suami.. memang saat ini terasa begitu indah.. adakala terasa bagaikan hidup di dalam syurga.. mahu tidur jam berapa, bangun jam berapa.. sesuka hati saja. mahu makan semudah mana pun tiada siapa peduli.. bangun-bangun pagi seusai solat subuh melayari internet, melihat gambar itu dan ini, kemudian berangan.. kembali merenung helaian kertas.. mengadap PC, main candy crush bila terasa penat memerah otak atau jemu membaca, menonton drama Korea.. enak juga menjamu mata melihat pelakon yg mulus kulitnya.. sambil berangan, bilakah mungkin diri ini akan bertemu seorang lelaki yang kacak, hadir mengisi hati..

Ya Allah, setelah hambaMu ini didatangkan waktu getir untuk menyiapkan tesis master.. saat ini, hambaMu berasa amat bersalah dengan lenangan masa yang ada.. sedangkan coretan untuk tesis PhD masih sedikit ceriteranya..
pada masa masih berbaki 1 tahun. Ya Rabbi!!

Wednesday, August 21, 2013

I wanna be good to all people.. but deep down inside my heart.. who knows my tears..

I wish I can be a woman who has a very strong faith, 
can go through all the hard moments in life..
stand up as a beautiful brilliant woman in the middle of the crowd. 

Monday, August 19, 2013

Tower Crane...?


tatkala berjalan-jalan di sepanjang Princes Street di pusat bandar Edinburgh, terlihat beberapa orang pekerja sedang 'upgrading' laluan trem. saya tertarik dengan tower crane yang comel ini.. 

Princes Street, Edinburgh



bangunan ni namanya Scott Monument. terletak di tengah-tengah Princes Street Garden kat Edinburgh. gambar ni di ambil betul-betul di tengah pembahagi jalan bersebelahan dengan kedai Jenners Department Store.. masa tengah dok ambil gambar ni lah, kali pertama dengar orang Scottish maki orang tengah jalan sebab pemandu tu melulu masuk jalan tanpa bagi lampu isyarat.. ingatkan orang kat Britain ni cool je.. hehe


antara lain saya suka permandangan di sini. bangunan di sini rata-ratanya bangunan lama.. di sebalik bangunan yang kelihatan coklat tu terletak universiti of edinburgh.. universiti pun nampak buruk je.. namun, nilaian ilmunya mungkin lebih hebat setanding dengan usianya..

Eiffel Tower

  



Sunday, August 18, 2013

Seharian di Sekitar Paris


Awal pagi: sudah nampak 'sign board' menuju ke Kota Paris
Musim bunga sudah hampir ke penghujung. Bunga mawar mekar di mana-mana sahaja.
ini adalah pemandangan yang paling cantik (saya kira) Eiffel Tower yang saya 'captured'.

yang ini pula Arc de Triomphe. terletak di tengah-tengah Charles de Gaulle.
kalau tengok map. di sini lokasinya



breakfast di Perancis


menu pagi : roti jem strawberri dan madu


saya pilih minuman: caramel macchiato


it was 3 layers coffee

Saturday, August 17, 2013

kata hati

pada awal usia 20 tahun, saya pernah menulis berdasarkan apa yang saya rasa dari hati yang paling dalam tentang gambaran siapa jodoh saya.. tetapi tulisan tu hilang bersama-sama dengan memori laptop yang rosak.. hari ini saya mahu tulis kembali.. apa yang datang dari hati saya, bukanlah sesuatu yang sempurna.. segalanya adalah apa yang diilhamkan dalam benak fikiran saya..

saya menggambarkan dia yang saya nantikan adalah seorang yang memiliki rupa paras yang menarik pada saya.. berkulit cerah, muka berbentuk bujur, hidung mancung dan bermata (iris) coklat.. lebih tinggi dari saya, tidak gemuk dan agak tegap.. usianya lebih tua dari saya. seorang lelaki yang matang pemikirannya. seorang yang sangat menjaga agamanya..  juga seorang yang menjaga batas pergaulannya.. seorang lelaki yang tidak memulakan sentuhan dengan wanita, seorang lelaki yang sabar dan bijak mengawal nafsunya ketika bersama-sama wanita.. melainkan wanita itu isterinya..

seorang lelaki yang 'smart', pandai bergaya, ada aura yang tersendiri. ada ciri-ciri kepimpinan.. 

walaupun agak mustahil unutk jumpa lelaki yang kelihatan 'moderate' atau moden dari segi penampilan luaran dan dalam masa yang sama memiliki agama yang mantap.. saya tetap percaya bahawa masih ada lelaki seumpama itu dalam dunia ni.. 

andainya seorang lelaki itu jodoh saya.. apabila saya melihat dirinya, saya nampak diri saya di dalamnya....

London Bridge




Tuesday, August 13, 2013

sesat



bila tengok peta ni, teringat peristiwa sesat di Perancis akibat wayar pengecas bateri GPS rosak.. nak keluar dari kota Paris ke Calais memang mencemaskan apabila pergerakkan kami menghala ke bawah bukan ke atas.. tanda jalan di Perancis memang mengelirukan.. sejak dari itu baru saya tahu apa kegunaan setiap tanda kilometer di tepi lebuhraya.. jika angkanya menurun lain arahnya dengan jika angkanya menaik.. perasaan saya ketika itu, hendak menangis pun ada mengenangkan Perancis adalah satu negara yang sangat besar jika hendak di bandingkan dengan Malaysia.. jika semenanjung Malaysia dari utara ke selatan 9-10 jam pun boleh sampai. di Perancis, 2-3 hari pun boleh sesat tak jumpa jalan..

Monday, July 29, 2013

3 Perkara

tiga perkara yang tidak boleh dilengah-lengahkan

i- solat ketika diawal waktu jika ada kemudahan
ii- mengebumikan jenazah
iii- mengahwinkan anak gadis jika dilamar oleh lelaki yang diredhoi agamanya

Saya selalu ingat pesan mak untuk bersolat pada awal waktu ketika berada di rumah. Walaupun adakalanya saya rasa 'annoying'.. sebab pada saya, solat tak perlu disuruh-suruh.. kerana itu tanggungjawap saya kepada Allah sebagai tanda ketaatan.. dan tidak dinafikan juga, mendidik anak, menyuruh dan mengingatkan anak untuk bersolat itu juga salah satu tanggungjawab seorang ibu.

saya tak menafikan, memang ada satu perasaan yang indah jika sepanjang hari dapat bersolat di awal waktu yakni solat sebaik sahaja selepas azan berkumandang.. bila bersolat pada awal waktu, it will makes my day becoming so productive. sungguh!

tentang hal yang ketiga tu, saya memang sangat menantikan agar diri saya dilamar oleh seorang lelaki yang saya redhoi agamanya.. is it I'm too demanding?, I believe, I have too.. biarpun dah lanjut usia.. but, I'm okay with it, hanya Allah yang tahu. kerana saya seorang wanita yang gagah!

Friday, July 26, 2013

kurniaan

Di antara langit dan bumi itu,
terlalu banyak bukti kekuasaan Allah,
menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang Yang beriman. 

dari air hujan yang turun mencurah ke bumi,
menghidupkan tanah tandus yang gersang.

di antara hampas makanan dengan darah,
dari situlah terbitnya susu yang mengenakkan.

dari buah tamar dan anggur,
jadikan daripadanya minuman haram dan makanan yang halal.

diilham kepada lebah bersarang tinggi,
yang memakan dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan,
yang terbit dari dalam badannya madu,
mengandungi penawar bagi manusia.

Sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah.

Diciptakan manusia itu daripada tiada kepada ada,
yang telah ditetapkan panjang dan pendek umurnya,
banyak dan sedikit hartanya.

dijadikan bagi diri lelaki itu pasangannya,
dan dari keduanya lahir zuriat keturunan,
serta kurniaan dari benda yang baik lagi halal.

Maka, apa lagi yang hendak engkau dustakan?

Wednesday, July 24, 2013

Doa Anak

Saya percaya semua orang ada impian masa depan untuk zuriat keturunan masing-masing.. biarpun usia saya sudah mencecah 30 tahun dan masih belum berkahwin, saya kira komitmen belajar itu lebih menjadi keutamaan saya pada waktu ini.. pun begitu saya tetap ada impian.. jika diizinkan Allah, saya teringin dikurniakan seorang anak lelaki.. suatu masa dahulu, ketika masih muda, sememangnya saya impikan untuk ada ramai anak.. memandangkan usia semakin meningkat, jodoh pun belum tiba.. impian untuk melahirkan ramai anak itu mungkin boleh dilupakan..

Masa yang berlalu, tahun demi tahun menambahkan pengetahuan saya.. mungkin impian hati ketika masih di bangku sekolah tidak sama seperti sekarang, malah makin bertambah dan bertambah. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan waktu dan usia untuk menerima ilmu dari Allah..

Beberapa tahun dulu, dalam hidup saya pernah dihadirkan seorang hamba Allah yang menceritakan dia mempunyai kakak yang akan khatam membaca al-Quran sebanyak 7 kali setiap kali mengandung.. ye, ketika itu saya sangat teruja bagaimana kakaknya bijak membahagikan masa bekerja, mengurus rumahtangga, anak-anak dan suami dan dalam masa yang sama masih berkesempatan untuk khatam Quran sebanyak 7 kali sepanjang tempoh mengandung.. mungkin ini salah satu cara bagaimana mahu melahirkan anak-anak yang dekat hatinya dengan al-Quran. yang mana mampu membaca dan menghafaz seluruh isinya..

ye, jika saya dizinkan Allah, saya mahu mengajarkan sendiri anak-anak saya mengenal al-Quran bukan sekadar pada bacaan, malah seluruh isinya.. mungkin ilmu saya tidak banyak, saya kira cukup untuk memberi pengetahuan asas kepada kanak-kanak.. kerana sebaik remaja boleh dihantar ke sekolah atau institusi pengajian tinggi dan berguru dengan mereka yang arif..

dan alangkah beruntungnya jika dikurniakan cahayamata yang menjadi penyejuk hati, yang cerdik dan baik budi serta memiliki rupa paras yang indah dilihat.. di sebalik tabir anak soleh.. semoga Allah merestui.

Saturday, July 20, 2013

Kulihat Hijau..


Musim bunga yang melanda kotaraya England sememangnya menggamit rasa yang indah sebab adanya bunga. Hatta di atas padang rumput. dan saya sangat suka dengan gambar ni.


asyik menulis tesis pasal kediaman hijau.. tiba-tiba saya terserempak dengan kereta hijau penuh rumput.

Crumble Beads


Saya tidaklah terlalu rajin. Cuma ini baju raya tahun lepas yang baru 2-3 kali saya pakai. Alasannya sebab saya leraikan jahitan manik sebelumnya. Diganti dengan jahitan yang baru, hari ini baru saya berjaya siapkan. Bukan merumitkan, tetapi tidak ada kerajinan.

Rajin, kadang-kadang perlu dipaksa. 

Tuesday, July 16, 2013

kepentingan solat

tidaklah akan kita temui ketenangan dan kegembiraan yang hakiki apabila bergaul dengan kelompok manusia yang meringankan solat dalam kehidupan sehariannya.. jika seseorang itu kurang bijak menjaga hubungan baiknya dengan Allah, maka tidak mustahil juga dia akan kurang bijak menjaga hubungan baiknya sesama manusia yang lain.. mereka inilah yang akan suka membuat purak-puranda di atas muka bumi kerana rendah perhitungan akalnya..


mohonlah petunjuk dan keampunan dari Allah,
sesungguh kita manusia,
tiadalah yang sempurna.
dan bersujudlah sebagai tanda syukur..


dari Allah yang mengurniakan,
dari Allah jua akan kembalinya.

Hikmah

Apakah hikmahnya sesuatu perkahwinan itu jika hadirnya boleh memecah-belahkan hubungan darah yang sedia ada.. sehingga terputusnya hubungan antara ibupada dan anak, abang dan adik, kakak dan adik atau kakak dan abang, sepupu sepapat?

Statistik yang pernah dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam ada menyatakan bahawa, rata-rata daripada keluarga yang berantakan adalah dari kalangan mereka yang meringankan solat dalam kehidupan seharian. Maka, tidak hairanlah mengapa Rasulullah saw bersabda, dan hadis itu berbunyi: “Wanita itu dinikahi kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka pilihlah olehmu wanita yang punya agama, engkau akan beruntung.” (Riwayat Bukhari, no. 5090, dan Muslim, no. 1466). Bahagia yang hakiki bukanlah atas nilaian harta, keturunan atau rupa. Sebaliknya, agamalah yang menjadi tunjang segalanya.

Biarpun fitrahnya, seperti mana yang Allah firmankan, mafhumnya; "Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)" (3:14). Al-Hafiz Ibnu Hajar ada berkata: “Yang sepatutnya bagi seorang yang beragama dan memiliki maruah (adab) untuk menjadikan agama sebagai petunjuk pandangannya dalam segala sesuatu. Lebih-lebih lagi dalam suatu perkara yang akan tinggal lama bersamanya (isteri). Maka Rasulullah memerintahkan untuk mendapatkan seorang wanita yang memiliki agama di mana hal ini merupakan puncak keinginannya.” (Fathul Bari, 9/164). 

Namun, ketentuan jodoh itu segalanya adalah berdasarkan siapa diri kita.. kerana, "(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia' (an-Nur:26).

wallahu'alam.

nota:
acapkali orang mengatakan perkahwinan itu mendirikan rumahtangga, mendirikan masjid. Namun, berapa banyak daripada perkahwinan yang berlangsung itu membawa kepada pepecahan dalam keluarga, putusnya silaturrahim antara adik-beradik, ibu/ayah-anak? apakah ini yang dikatakan rumahtangga atau masjid? ataupun itu adalah neraka duniawi?

renungkanlah.. apa hikmahnya perkahwinan itu? apa yang ada di atas dunia ini hanyalah pinjaman semata, sampai masa kembali jua kepada penciptanya.

Friday, July 12, 2013

Kekuatan

Satu ketika dulu, seorang hamba Allah pernah menceritakan pada saya bahawa kakaknya akan khatam bacaan Quran sebanyak 7 kali setiap kali mengandung.. Ketika itu saya fikir, hal ini adalah mustahil untuk dilakukan oleh seseorang seperti saya.. Sehinggakan saya merasakan 'parenting' dan perkahwinan itu bukanlah suatu perkara yang mudah.. Terutamanya bagi ibu bapa yang mengimpikan untuk melahirkan anak-anak yang dekat jiwanya dengan al-Quran, yakni sedari usia 2-3 tahun sudah pandai membaca ayat Quran dan pada usia 10-12 tahun sudah mampu menghafal 30 juzuk al-Quran.

Alhamdulillah, Ramadhan tahun ini, Allah ilhamkan sesuatu untuk saya. Asasnya ialah COURAGE.. dan istiqomah dalam melakukan hal kebaikan. Satu hari selepas solat, biasakan diri untuk membaca 2 helai dari naskah al-Quran. Sehari boleh habiskan satu juzuk. 30 hari boleh habis 30 juzuk. Jika diamalkan secara berterusan, insyaAllah dalam tempoh 7-9 bulan boleh khatam 7 kali.

Jika perkara seumpama ini kita merasakan sukar untuk direalisasikan dalam kehidupan kita, kekuatan apakah yang ada pada seorang ibu yang mampu melahirkan manusia seperti al-imam as-Shafiee? dan kekuatan apakah yang ada pada seorang bapa yang mampu melahirkan seorang manusia seperti imam al-Ghazali?

Sunday, July 7, 2013

magic!!

I wanna make a magic!
I wanna make a magic!!
dan dengan tiba-tiba, tesis Ph.D mampu disiapkan dalam masa 2 tahun..
oh, super dupper miracle kan?



Monday, July 1, 2013

ketakutan

kegembiraan tidak akan selalu berkekalan, begitu juga dengan kesedihan.. jika dibiar kesedihan berlarutan, lama-lama akan memakan diri.. selagi mana nafas belum terhenti, selama itu jugalah manusia akan diuji. susah atau senang, suka atau duka, itu semua lumpah kehidupan.. Last two week, when I was ON vacation, in different countries and different climates, I brought myself away from thinking to much about 'unhappiness' matters. Suddenly, when the emptiness took a large room in my heart I lost motivation to do anything, just sadness, sleeping and Candy Crush Saga games on FB, unable to study or do anything meaningful.. I'm scared, if I can't finish my study on time and I am even scared of myself for being single forever till death..

Ya Rabbi, please give me strength to overcome all these!!

 "Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimin."

Sunday, June 30, 2013

setahun sembilan bulan

sedar tak sedar, sudah setahun sembilan bulan saya bergelar pelajar di IIUM.. sepanjang tempoh ini, minggu inilah saya rasa detik paling sukar yang saya alami. sehinggakan bilik di asrama tidak terurus, habuk juga tidak terlap. buku perpustakaan tidak dipulangkan sehinggakan denda mencecah RM100.. asyik tidur kerana mahu melupakan rasa kecewa yang melanda hati.. mungkin kerana tekanan emosi bercampur dengan progress study yang kurang laju. segalanya bercampur baur sehinggakan saya berasa begitu kecewa mengenangkan nasib diri yang masih berstatus single sementelah usia mengenjak 30 tahun.. Ya Rabbi, bukan ini yang saya impikan untuk berlaku dalam hidup saya.. 30 tahun usia masih belum berstatus isteri orang..


bila dilanda perasaan sebegini, memang membuatkan saya depressed.. sehingga berasa terlalu rendah diri, terasa diri banyak kekurangan, terasa diri tidak menarik kerana tidak mampu membuat lelaki jatuh hati dan berhajat untuk menjadikan saya sebagai isteri.. kadang-kadang saya terasa saya bukanlah seorang yang bijak atau pandai untuk menyelesaikan segala permasalahan yang melanda diri..

soal jodoh, rahsia Allah.. walau detik hati itu hadir bersama lahirnya jiwa manusia.

Saturday, June 29, 2013

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً ۖ وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ 

Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. (سورة الأنبياء:35)

 لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا مَا آتَاهَا ۚ سَيَجْعَلُ اللَّهُ بَعْدَ عُسْرٍ يُسْرًا 

Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan. (سورة الطلاق:7)

impian hati...

saya kira, setiap orang ada impian dan harapan.. begitu juga dengan saya. namun, bukanlah kesempurnaan yang saya impikan.. jauh di sudut hati saya, jika ditakdirkan saya menyintai seorang lelaki dan dia juga menyintai saya.. saya mengharapkan satu perhubungan yang berlandaskan syarak.. mungkin bunyinya agak sukar untuk direalisasi dalam kontek semasa juga dengan 'life style' saya.. saya akui, terlalu amat sukar untuk dicari, jika dua hati bertaut menjadi satu, tetap teguh mempertahankan hubungan antara lelaki dan perempuan seperti mana yang disaran oleh agama (yakni Allah). satu hubungan hati, yang belum dihalalkan hubungan zahirnya melalui perkahwinan, yang mana tidak akan keluar berdua-duaan hatta di tempat awam atau tertutup. dalam erti kata sebenarnya, 'dating'.. saya begitu mengharapkan seorang lelaki yang cukup teguh pegangan agamanya untuk berada di samping saya.. apatah lagi pada lelaki yang punyai rupa dan kebijaksanaan..

saya terlalu berharap untuk dipertemukan dengan lelaki seumpama itu, sehinggakan umur mencecah 30 tahun pun saya masih belum berkahwin.. hanya tuhan saja yang tahu tentang perasaan ini.. saya harap, saya akan terus bersabar sehingga saya menemuinya..

semoga Allah memberikan saya kekuatan.. seterusnya memberikan saya ilham untuk terus menyiapkan tesis Ph.D..

Friday, June 28, 2013


Aku mengharap apa yang baik untuk diriku, untuk agamaku dan untuk akhiratku.. walaupun jalannya terlihat sukar bagiku.. semoga Allah memberikan kekuatan untuk diriku..

Biarpun mungkin aku terlihat biasa pada mata manusia..

Wednesday, June 26, 2013

Hari Pertama Di Kota London

When we arrived London, first place we were visited was the Palace of Westminster. It is the meeting place of the House of Commons and the House of Lords, the two houses of the Parliament of the United Kingdom.



Below is a Big Ben. The name Big Ben is often used to describe the tower, the clock and the bell but the name was first given to the Great Bell. The Elizabeth Tower was completed in 1859 and the Great Clock started on 31 May, with the Great Bell's strikes heard for the first time on 11 July and the quarter bells first chimed on 7 September.


I love this view so much. London Eye!!


Semester Break





Bermulanya minggu peperiksaan di UIA pada awal Jun 2013, saya bersama-sama seorang rakan yang pernah bersama-sama mengikuti program sarjana muda di HBP, USM memulakan percutian. Percutian kami dirancang walaupun masing-masing sibuk dengan tugas sebagai pelajar. Ruang dan peluang yang mungkin tidak selalu datang, maka kami nekad untuk bercuti panjang. Sampaikan ada yang sanggup menutup cerita dari pengetahuan pihak universiti..

Monday, April 29, 2013

Room Deco


Saya teringin nak menambah perabot di dalam bilik hostel supaya tersusun kemas seperti ini. Kebetulan pula orientasi tingkap di dalam gambar ni seperti bilik hostel yang saya inapi. Tunggu ada budget lebih boleh lah shopping di IKEA.

Saturday, April 20, 2013

Evening Drink




I think, it is about 4 days I haven't taken any caffeine drink. Yesterday I had a studio class until 6 pm. It was really tired. Today, I feel less energetic. Finally, I decided to have it as my evening drink. Usually, I will take it everyday early in the morning. Since I don't have any skimmed milk, fresh milk or creamer left in my room. So, I don't know what should I to do with the blended coffee beans. My tongue cannot go with kopi 'O'. So today, I'm trying to use a full cream milk powder pour with the plain water. Then, add some hazelnut syrup flavour together with brown sugar.. I think it worked even the taste is not so great!









photo: credit to natureinsider.com

Friday, April 12, 2013

Sejarah untuk Dikenang


Bermula dengan kisah Segenting Kra (Kra Isthmus) yang mengikut geografinya terletak di Semenanjung Tanah Melayu. Semenanjung Tanah Melayu merupakan semenanjung yang terbentang dari utara bermula di Segenting Kra, Thailand mengunjur ke selatan di Tanjung Piai, Johor (hujung terselatan daratan utama benua Asia). Titik tersempitnya ialah tanah Segenting Kra. Muara Sungai Kra menjadi daratan paling sempit dengan lebar 44 km. Tingginya 75 meter dari aras laut. Bandar utama ialah Kra Buri dalam wilayah Ranong, Thailand. 


Daripada pembacaan saya, cadangan untuk membina terusan yang membelah Segenting Kra, bagi memendekkan laluan perkapalan di Asia telah diutarakan semenjak tahun 1677, bila Raja Ayuthia, Narai meminta seorang jurutera Perancis bernama De Lamar untuk membuat kajian bagi pembinaan satu terusan yang menghubungkan Songkhla dan Marid (Myanmar sekarang). Mungkin atas sebab ini juga Kerajaan Siam enggan menyerahkan negeri-negeri Melayu untuk ditadbirselia oleh British? 

Semenanjung Tanah Melayu ada sejarahnya yang tersendiri. Pada saya, bumi ini bumi bertuah, penuh dengan kekayaan. Digelar Chersonesus Aurea ("Semenanjung Emas") oleh Claudius Ptolemy dan orang India pula merujuknya sebagai "Tanah Emas". 

Biarpun telah habis diratah emas dan timah oleh British, kekayaan bumi ini tidak habis di situ. Emas hitam (petroleum dan gas asli) pula muncul dari dasar perut bumi. Maha Suci Allah yang menciptakan dan mengurniakan. 

Bumi ini, bumi bertuah,
Bumi subur, penuh barakah;
Campaklah apa biji benih,
Pasti tumbuh mengeluarkan buah.

Saya tidak pasti di mana titik mulanya sebahagian dariapada Semenanjung Tanah Melayu di bahagian utara jatuh kepada Kerajaan Siam. Mungkin ketika itu Kerajaan Melayu Kedah Tua dan Kesultanan Melayu Melaka mulai lemah? Maka Kerajaan Pattani yang merangkumi wilayah Pattani, Yala, Narathiwat dan sebahagian Songkhla kini berada di bawah jajahan Thailand. Apa yang saya lihat, penaklukan Siam dan pendudukan British di Tanah Melayu sehingga termatrainya Perjanjian Bangkok 1909 memberi kesan yang berpanjangan kepada dunia Melayu sehingga hari ini. Lebih kasihannya adalah orang Melayu Islam yang tinggal di selatan Thai berikutan pemberontakan yang tidak berkesudahan.

Apabila satu persatu sejarah dikupas, saya lihat; asal Melayu itu satu. Apabila dipecah dan berpecah, Melayu itu menjadi lemah. Motif? Apakah disebabkan Melayu itu Islam? Saya kasihan dengan nasib Melayu-Islam di selatan Thai yang asalnya adalah di bawah Kerajaan Pattani. Sehingga hari ini mereka masih berusaha dan berjuang untuk menuntut pembebasan daripada Kerajaan Thai.

Saya berasa satu rahmat kerana saya seorang Islam yang lahir di bumi merdeka. Malaysia yang masih lagi mempertahankan Islam sebagai agama rasminya. Kasihan orang Islam di selatan Thai. Mereka tidak diberi kebebasan sepenuhnya untuk mengamalkan agama Islam. Begitu juga nasib orang Islam di Myanmar, tertindas dan ditindas. Apabila mengecapi keharmonian yang ada pada hari ini, saya membayangkan bagaimana penghijrahan arwah datuk sebelah ibu saya pada awal kurun ke 20 dari Ligor untuk sampai ke Perlis dan bagaimana arwah moyang di sebelah ibu saya mengharung hutan belantara untuk kembali ke Kedah setelah melarikan diri ke utara Semenanjung Tanah Melayu akibat sengketa perebutan tahta kesultanan Kedah ketika itu.

Saya bersyukur kerana itu saya menjadi anak Melayu yang lahir di bumi Malaysia. Biar pun ada kisah yang panjang untuk dikenang oleh generasi hari ini dan generasi yang akan datang, saya sedar perjuangan itu tidak berakhir di situ. Keluarga datuk di sebelah arwah abah saya juga ada sejarah mereka. Saya tidak banyak tahu disebabkan mak dan abah berpisah secara rasminya ketika saya berusia 3 tahun. Mungkin arwah abah ada jawapan?


Walau sehebat mana badai yang yang melanda. Akidah perlu dipertahankan. 







What I want? I just wanna leave my life in peace.

Monday, April 1, 2013

Apabila istilah Ulama' disempitkan

ULAMA (Arab : ’ulamaa’), adalah orang yang tahu atau memiliki pengetahuan ilmu agama dan ilmu pengetahuan kealaman yang dengan pengetahuannya tersebut memiliki rasa takut dan tunduk kepada Allah SWT. Kata ulama merupakan bentuk jamak (plural) dari ‘alim yang membawa maksud “yang tahu” atau “yang memiliki pengetahuan”. 

Pada zaman pemerintahan Bani Umayyah dan sesudahnya, istilah ulama lebih ditekankan kepada orang yang memiliki pengetahuan keagamaan saja. Ada pula pembahagian ilmu agama, istilah ulama lebih dipersempit lagi. Misalnya, ahli fiqih disebut fuqaha, ahli hadist disebut Muhaddisin, ahli kalam disebut Mutakalim, ahli tasawuf disebut Mutasawuf, dan ahli tafsir disebut Mufassirin. Sementara itu orang yang memiliki pengetahuan tentang ilmu sains tidak lagi disebut sebagai ulama tetapi disebut ahli dalam bidangnya masing-masing. Tokoh-tokoh seperti Al-Khawarizmi, Al-Biruni, dan Ibnu Hayyan tidak disebut sebagai ulama, tetapi disebut sebagai ahli kauniyah. Istilah pakar dlm bidang juga makin disempitkan, sehinggakan saintis lebih diperincikan kepada Geologist (ahli geografi), Biologist (ahli biologi) dan sebagainya... 

Hakikatnya, segala ilmu yang membawa kepada maghrifatullah. baik ilmu agama (fiqh, tasawuf dsb) atau ilmu sains.. segalanya adalah ilmu Allah. Ilmu yang membawa manusia makin mengenal dirinya, lantas dia akan mengenal tuhannya.. Inilah yang dikatakan, sebenar-benar ilmu..

Sunday, March 17, 2013

Doa


Semenjak di bangku sekolah rendah lagi, selalu mak bacakan doa ini untuk saya selepas solat.. Apabila saya meningkat ke alam remaja, mak suruh saya amalkan sendiri. Pun begitu, mak tetap doakan saya.. Ya, sebaik-baik doa, adalah doa dari ibu dan kita sendiri juga perlu berdoa untuk diri kita..

Saya masih ingat lagi, ketika itu Pak Leh @ Haji Salleh (arwah), bapa mertua kepada Dato' Haron Din, juga bapa mertua kepada bapa saudara saya (arwah). Beliaulah yang menulis doa ini untuk dijadikan amalan ketika berkunjung ke rumahnya lebih 20 tahun lalu.. Semoga Allah merahmati roh beliau. Banyak doa-doa amalan harian yang diperturunkan.. Kalau nak ditanya, mungkin anak-anak cucunya lebih banyak tahu..
Sekarang ini, doa-doa sebegini banyak dicetak dibuat kompilasi dalam bentuk buku. Senang untuk diamalkan..

Ketika saya kecil, tidak ada teknologi untuk mencari ayat-ayat Quran seperti sekarang. Masa tu, Quran digital memang tak ada rasanya. Sampailah masanya saya mengaji, masuk ke surah al-Anbiya'. Mula-mula bertemu ayat ini, hati saya girang, "Inilah ayat yang dicari-cari"..

Sekarang, saya tidak lagi menulis menggunakan tulisan tangan. Hanya menaip dan menekan punat pada papan kekunci komputer.. Semuanya keluar dengan mudah..